BAGAIMANA TERJADINYA OBESITI?

KENAPA ANDA OBES?

OBESITI atau yang lebih dikenali sebagai KEGEMUKAN merupakan salah satu masalah terbesar bagi remaja. Pada remaja perempuan, obesiti menjadi masalah yang cukup besar, kerana keinginan untuk tampil sempurna di hadapan khalayak ramai. Tubuh yang ramping menjadi pilihan para remaja untuk meningkatkan keyakinan diri. Jadi, mari kita lihat sama-sama sebab  terjadinya obesiti dan menambah ilmu pengetahuan.



1. GENETIK

 credit:google

Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi seterusnya dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita sering jumpa ibu bapa gemuk yang cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah 'ikut campur' dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.


2. Pola Makan Berlebihan

  credit:google

Orang gemuk  lebih cenderung untuk makan apabila dia rasa ingin makan, bukan makan apabila lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar keluar daripada perangkap kegemukan jika mereka tidak  mempunyai kawalan diri dan motivasi yang secukupnya.


3. Kurang Bersenam

credit:google

Bersenam hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga dengan berat normal, tetapi bagi orang yang  memiliki berat berlebihan aktiviti merupakan sesuatu  yang sangat penting. Pada waktu bersenam banyak kalori terbakar, maka lebih banyak bersenam, lebih banyak kalori terbakar. Jadi, senaman sangat penting dalam penurunan berat badan bukan sahaja kerana dapat membakar kalori malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.


Comments

  1. Mungkin sebab utama berlaku obesiti kerana kurang bersenam, sangat memberi manfaat kepada masyarakat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saya dapat menggunakan maklumat untuk membina karangan sangat membantu

    ReplyDelete

Post a Comment